84 PATI ditahan dalam 15 operasi imigresen di Sabah

bfc505a0 e88d 4620 b369 286b92e56496

Oleh: Nurul Fazliana Norman

KOTA KINABALU: 11 Oktober 2026 – Seramai 84 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dalam 15 operasi penguatkuasaan di lima daerah di negeri ini dari 5 hingga 8 Oktober lalu.

Pengarah JIM Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof, mengetuai operasi yang dijalankan di Tawau, Semporna, Sandakan, Keningau dan Kudat untuk membanteras kehadiran PATI selain mengekang penyalahgunaan kemudahan imigresen.

Menurut JIM Sabah, seramai 293 individu diperiksa sepanjang operasi berkenaan, dengan 84 daripadanya ditahan kerana disyaki melanggar undang-undang imigresen.

Dari jumlah tangkapan itu, 51 orang warga Filipina, iaitu 22 lelaki dewasa, 23 perempuan dewasa, tiga kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.

Turut ditahan ialah 28 warga Indonesia, melibatkan 14 lelaki dewasa dan 14 perempuan dewasa, selain tiga lelaki warga Pakistan, seorang lelaki warga India dan seorang perempuan warga Vietnam.

JIM Sabah memaklumkan operasi penguatkuasaan akan diteruskan secara berterusan di lokasi strategik seluruh negeri untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen.

Orang ramai turut diingatkan supaya tidak melindungi, menggaji atau membantu warga asing yang melanggar undang-undang negara.

Sebarang maklumat berkaitan kegiatan PATI boleh disalurkan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di https://spab.gov.my atau Sistem Pertanyaan Online (SPO) di https://eapp.imi.gov.my.

Sumber: JIM Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal