KOTA KINABALU: 30 April 2026 – Sekurang-kurangnya 80 peratus tenaga kerja dalam sektor industri di Sabah perlu terdiri dari rakyat tempatan, dengan keutamaan diberikan kepada anak negeri.
“Sekurang-kurangnya 80 peratus tenaga kerja sepenuh masa mestilah rakyat Malaysia dan daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya 80 peratus adalah rakyat Sabah,” katanya.
Demikian penjelasan Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Ewon Benedick semasa menjawab pertanyaan ADUN Senallang dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17.
Menurut beliau, syarat itu ditetapkan di bawah kelulusan Lesen Pengilang oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), yang mewajibkan sekurang-kurangnya 80% tenaga kerja sepenuh masa adalah rakyat Malaysia, dan dari jumlah itu, sekurang-kurangnya 80 peratus mestilah rakyat Sabah.
Ewson berkata, pendekatan itu selaras dengan aspirasi Sabah First bagi memastikan manfaat pelaburan dinikmati rakyat tempatan.
Beliau menambah, pelaburan yang masuk turut membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja negeri.
