35 pati ditahan dalam Ops Mahir di Cheras

jim

Oleh: Nurul Fazliana Norman

KUALA LUMPUR: 10 September 2026 — Seramai 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu (Ops Mahir) di sekitar Cheras, kelmarin.

Operasi yang bermula jam 10.30 pagi itu menyasarkan kawasan kilang yang dikenal pasti menggajikan pekerja warga asing termasuk 50 pegawai penguat kuasa dari JIM WPKL, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Daripada 43 individu yang diperiksa, 35 warga asing ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan imigresen.

Kesemua tahanan merupakan lelaki berusia antara 25 hingga 48 tahun, terdiri dari 17 warga India, 10 Bangladesh, lima Indonesia dan tiga Myanmar.

Antara kesalahan dikesan termasuk tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, melanggar syarat pas dan tinggal lebih masa di Malaysia.

Turut dikeluarkan tiga Borang 29 (Saman kepada Saksi) kepada warganegara Malaysia untuk membantu siasatan.

Kesemua tahanan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Kuala Lumpur untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sumber: JIM WP Kuala Lumpur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal