31 PATI ditahan dalam operasi imigresen di Kundasang

IMG 2872

KUNDASANG: 18 April 2026-Seramai 31 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah di empat lokasi sekitar Kundasang, Ranau, pada 14 dan 15 April lalu.

Seramai 78 individu diperiksa dalam operasi melibatkan 18 pegawai JIM Sabah dari Pejabat Imigresen Daerah Ranau dengan bantuan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) daerah Ranau.

Tangkapan membabitkan 16 lelaki dewasa, 10 perempuan dewasa dan lima kanak-kanak iaitu tiga lelaki dan dua perempuan.

Kesemua yang ditahan merupakan warga Indonesia dan Filipina atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 36 Akta Imigresen 1959/63, dibawa ke depot imigresen untuk tindakan lanjut.

JIM Sabah menegaskan tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang melindungi atau menggaji PATI, selain menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran warga asing tanpa izin.

Sumber: Jabatan Imigresen Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal