LAHAD DATU: 19 September 2026 — Seramai 272 tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dipindahkan pulang ke negara asal melalui Pelabuhan Bongao, Filipina, pada Khamis.
Mereka dipindahkan dari Depot Imigresen Kota Kinabalu melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Lahad Datu sebelum dihantar ke Bongao menggunakan feri komersial.
Tahanan terdiri dari 166 lelaki dewasa, 63 wanita dewasa, 17 kanak-kanak lelaki dan 26 kanak-kanak perempuan berusia antara enam bulan hingga 68 tahun.
Sehingga kini, seramai 5,233 tahanan PATI telah dipindahkan ke negara asal, terdiri dari 3,455 warga Filipina, 1,488 warga Indonesia, 120 warga Pakistan, 127 warga China, 21 warga Vietnam dan 22 warga negara lain.
Kesemua tahanan telah selesai menjalani hukuman mengikut peruntukan undang-undang dan mempunyai Travel Document (TD) yang sah untuk mengikuti proses pemindahan ke negara asal.
Sumber: JIM Sabah

