207 tahanan PATI dipulangkan ke negara asal

IMG 3211

SABAH: 24 April 2026 -Seramai 207 tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) dipulangkan ke negara asal menerusi Program Pemindahan Tahanan PATI yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, hari ini.

Jumlah itu melibatkan 192 warganegara Indonesia dan 15 warganegara Filipina dari depot-depot imigresen di negeri ini.

Mereka terdiri daripada 134 lelaki dewasa, 41 perempuan dewasa, 15 kanak-kanak lelaki dan 17 kanak-kanak perempuan, berusia antara satu bulan hingga 63 tahun.

Semua tahanan terbabit telah selesai menjalani hukuman penjara, memiliki dokumen perjalanan sah dan dipindahkan ke negara asal masing-masing.

Mereka sebelum ini dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana memasuki negara ini tanpa pas atau permit sah selain tinggal melebihi tempoh dibenarkan.

Sehingga kini, seramai 2,030 bukan warganegara berjaya dipindahkan ke negara asal melalui pintu masuk Sabah.

JIM Sabah menegaskan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana warga asing yang menyalahgunakan pas dan kemudahan diberi, selain akan mengambil tindakan terhadap majikan atau pemilik premis yang menggaji warga asing tanpa dokumen sah.

Sumber: Jabatan Imigresen Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal