2,000 gram syabu bernilai RM94,000 dirampas

WhatsApp Image 2026 08 26 at 9.10.27 AM

Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim

LAHAD DATU: 26 Ogos 2026 – Polis merampas 2,000 gram dadah disyaki syabu bernilai anggaran RM94,000 dalam Op Tapis di tempat letak kereta Darvel Bay Plaza, Jalan Teratai, di sini, semalam.

Operasi itu turut membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

Pemeriksaan polis menemukan sebuah iPhone 14 yang dipercayai digunakan dalam aktiviti pengedaran dadah. Dua kenderaan, iaitu Proton X50, Perodua Axia turut disita untuk membantu siasatan.

WhatsApp Image 2026 08 26 at 9.10.27 AM 1

Suspek disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Ujian saringan awal air kencing suspek didapati negatif dadah.

Siasatan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti sumber bekalan, modus operandi, rangkaian sindiket yang terlibat.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Dzulbahrin berkata kejayaan rampasan itu mencerminkan komitmen BSJND Lahad Datu dalam membanteras pengedaran dadah.

Sumber: Polis Daerah Lahad Datu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal