132 warga asing ditahan dalam operasi JIM Sabah

IMG 3899

KOTA KINABALU : 8 Mei 2026 – Seramai 132 warga asing ditahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah di Lahad Datu, Kota Kinabalu dan Sandakan.

Di Lahad Datu, Ops Sapu memeriksa 81 individu dan membawa kepada penahanan 52 warga Filipina atas pelbagai kesalahan imigresen, termasuk tidak memiliki dokumen sah dan melanggar syarat pas.

Tangkapan membabitkan 11 lelaki dewasa, 17 perempuan dewasa, sembilan kanak-kanak lelaki dan 15 kanak-kanak perempuan.

Di Kota Kinabalu, operasi Ops Mahir, Ops Selera dan Ops Gegar memeriksa 67 individu. Tujuh warga asing ditahan, enam lelaki warga Filipina dan seorang perempuan warga Indonesia.

Sementara itu di Sandakan, Ops Sapu memeriksa 147 individu dan menahan 73 warga asing Filipina dan Indonesia.

Kesemua yang ditahan melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, dan dibawa depot imigresen untuk tindakan lanjut.

JIM Sabah memaklumkan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat untuk membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini.

Sumber: Jabatan Imigresen Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal