Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran Rumah di Kota Belud

photo 2025 10 25 19 09 45

KOTA BELUD: 25 Oktober 2025 — Seorang wanita warga emas ditemukan rentung selepas kediamannya di Kampung Bangkahak Rosok, Kota Belud, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintenden Shahrudin Bin Mat Husain, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 2 pagi apabila pihak bomba memaklumkan penemuan mayat rentung di lokasi kebakaran.

photo 2025 10 25 19 09 50

Siasatan awal mendapati mangsa berusia 71 tahun itu merupakan pesakit buah pinggang kronik dan lumpuh, menyebabkan beliau tidak dapat menyelamatkan diri ketika kejadian berlaku.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Belud bagi proses bedah siasat.

Hasil siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah di lokasi kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Frankie Bin Pain di talian 019-2151132 bagi membantu siasatan.

Sumber: Polis Daerah Kota Belud

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!


 

This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal