Warga emas maut dilanggar, Hilux hitam diburu polis

Copy of Gambar Artikel 1 20260428 211513 0000

KOTA KINABALU: 23 Mei 2026 – Polis sedang mengesan pemandu sebuah Toyota Hilux berwarna hitam yang dipercayai terlibat dalam kemalangan maut membabitkan seorang pejalan kaki di Jalan Sepanggar berhampiran Kampung Sepakat Jaya, pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.25 petang itu, mangsa lelaki berusia 69 tahun dipercayai sedang melintas jalan dari arah kanan ke kiri menuju kawasan Indah Permai sebelum dilanggar kenderaan terbabit yang bergerak di lorong kiri jalan.

Mangsa dilaporkan tercampak ke bahu jalan akibat pelanggaran berkenaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada jam 4.56 petang oleh pegawai perubatan Hospital Likas.

Siasatan awal mendapati pemandu Toyota Hilux terbabit dipercayai meninggalkan lokasi sejurus selepas kemalangan berlaku.Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Insp. Brymenderen Godon di talian 010-7768802 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal