Warga emas berhak tentukan penjagaan diri mengikut keupayaan

9b567f77 5e91 47bd ad83 1acfc8c7ef1b

MATUNGGONG: 3 November 2026 — Keperluan mendapatkan bantuan tidak seharusnya menjejaskan maruah dan kebebasan warga emas untuk menyuarakan pandangan tentang penjagaan diri mereka sendiri.

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki, berkata golongan warga emas yang memerlukan bantuan penjagaan kesihatan perlu terus diberi ruang menentukan penjagaan mengikut kemampuan masing-masing.

e40c2731 5e13 4087 bc70 1b93f1446040

“Keperluan mendapatkan bantuan tidak bermakna hak mereka untuk menyuarakan pandangan tentang penjagaan diri sendiri harus diketepikan,” katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Warga Emas Sedunia Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026 di Dewan Terbuka Matunggong, kelmarin.

Beliau menjelaskan, penjagaan kesihatan warga emas perlu disesuaikan mengikut tahap keupayaan setiap individu, bukan semata-mata berdasarkan faktor usia.

e769d932 573c 4bdc baa1 71217e65fb2b

Menurutnya, ramai warga emas masih sihat dan mampu menjalani kehidupan secara berdikari, manakala sebahagian lain memerlukan sokongan untuk mengurus kehidupan harian.

“Matlamatnya bukan sekadar memenuhi keperluan rawatan, tetapi juga membantu warga emas mengekalkan keupayaan, kebebasan dan maruah mereka,” jelasnya.

Pendekatan itu selaras dengan konsep Penuaan Sihat (Healthy Ageing) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pelan Tindakan Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas 2023-2030 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pelan berkenaan merangkumi saringan dan penilaian kesihatan, pemeriksaan perubatan, rawatan, kaunseling, rujukan, perawatan di rumah dan pemulihan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


TV Sabah | News Portal