Wanita Nyaris Terbakar Dalam Kemalangan Kenderaan

Gambar Kemalangan Keningau 1

Keningau, 5 Julai 2025 – Seorang wanita terselamat dalam insiden cemas apabila kereta dipandunya terbabas lalu terbakar dalam kejadian awal pagi berhampiran pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Keningau.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.52 pagi melibatkan sebuah kereta jenis Proton Persona yang dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar tiang lampu dan terbakar hampir 60 peratus.

Jurucakap JBPM berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau bersama sebuah jentera FRT dan unit EMRS dikerah ke lokasi sejauh 3 kilometer sebaik menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi pada jam 2.55 pagi, kereta terbabit sedang marak terbakar. Mangsa yang merupakan seorang wanita sempat menyelamatkan diri sebelum ketibaan bomba dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan media.

Operasi pemadaman diketuai Pegawai Bomba Kanan I, Ranizan Samirin bersama tujuh anggota menggunakan satu aliran hos sepanjang 100 kaki dengan satu pancutan air dari jentera bomba. Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 3.18 pagi dan operasi ditamatkan pada jam 3.29 pagi selepas kawasan disahkan selamat.

Sumber, Sabah Dimensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal