Tiga lelaki ditahan miliki syabu di Kota Belud

733233405 1055635393464117 986117151786514781 n

KOTA BELUD: 30 Jun 2026 – Tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an ditahan kerana memiliki dadah jenis syabu dalam satu operasi yang dijalankan di Jalan Kota Belud-Tuaran berhampiran Kampung Paka-Paka, pagi tadi.

Operasi tersebut diketuai Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KBSPTD) Kota Belud, Inspektor Mohd Firdaus Che Mustafa bersama empat anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), bersama seorang anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud.

Hasil pemeriksaan menemukan dadah jenis syabu disimpan di dalam sebuah beg sandang berwarna hitam milik salah seorang suspek.

Ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Kesemua suspek diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Kota Belud untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(3) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal