TAWAU: 30 Disember 2025 – Polis menahan seorang lelaki tempatan susulan insiden tikam membabitkan seorang lelaki di perkampungan Batu 4, Jalan Apas, pada pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Tawau, berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.15 malam semalam apabila seorang lelaki warga asing berusia lingkungan 20-an dimaklumkan ditikam di bahagian siku kanan oleh seorang lelaki tidak dikenali.
Hasil siasatan awal dan maklumat diterima, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun kira-kira jam 2.30 pagi tadi bagi membantu siasatan.
Suspek telah dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis tawau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati, mengelakkan sebarang bentuk pergaduhan serta segera melaporkan kejadian jenayah kepada polis.
Sumber: Polis Daerah Tawau
