Sambutan luar biasa di Konferensi PMM SIB Sabah ke-47

7B8EA34B AC05 4489 A363 AF32745A4A3C 0C25CE02 7EC1 491F B5D8 D3B4A3BB77C3

KOTA KINABALU: 2 September 2026 – Konferensi Pelayanan Pemuda-Pemudi (PMM) Sidang Injil Borneo (SIB) Sabah ke-47, menerima sambutan luar biasa sempena majlis perasmian di Dewan KDCA, Penampang semalam.

Dewan sesak dengan kehadiran peserta sementara siaran langsung acara tersebut pula mencatatkan sekitar 2,500 tontonan, sekali gus membolehkan penyertaan yang lebih luas.

Konferensi yang bertemakan “Connected” itu berlangsung selama tiga hari, bermula 1 hingga 3 September, dengan pelbagai aktiviti kerohanian dan Kebaktian Kebangunan Rohani (KKR).

Pengerusi PMM SIB Sabah, Pta. Hallsen Justin, berkata konferensi tersebut bertujuan melengkapkan generasi muda sebagai pemimpin rohani yang mampu membawa perubahan kepada keluarga, gereja dan komuniti.

“Generasi muda bukan sahaja perlu aktif di gereja, tetapi juga perlu teguh dalam iman, berintegriti dan berupaya memimpin transformasi,” katanya.

Beliau menambah: “Anak-anak muda, kitalah generasi yang sedang disiapkan untuk menjadi pempengaruh Kerajaan Tuhan atau Kingdom Influencer.”

Presiden SIB Sabah, Rev. Dr. Sintoh Yusuf, menjelaskan tema “Connected” yang berpaksikan Injil Yohanes 15:1-8 itu menekankan hubungan yang berterusan dengan Kristus.

Ujar beliau, hubungan dengan Kristus tidak patut dicari hanya pada waktu kita memerlukan pertolongan, sebaliknya harus menjadi dasar kehidupan seharian yang membawa kepada perubahan serta pendewasaan rohani.

“Pemuda-pemudi bukan sahaja perlu dikenali melalui pelayanan mereka, tetapi juga melalui kehidupan yang berakar dalam Kristus,” ujarnya.

Konferensi itu diteruskan sehingga 3 September dengan pengisian yang memberi penekanan kepada hubungan dengan Kristus, pembentukan rohani dan panggilan generasi muda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal