SAFVA Sambut Baik Fokus Kerajaan Sabah Terhadap Ekonomi Kreatif

Gambar SAFVA

KOTA KINABALU: 2 Disember 2025 – Persatuan Filem dan Visual Sabah (SAFVA) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan YAB Datuk Seri Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah ke-17 serta barisan kabinet baharu yang mengangkat sumpah pada 1 Disember 2025.

Presidennya, Chester Pang, berkata pihaknya amat terharu dengan penubuhan sebuah agensi khusus bagi pembangunan ekonomi kreatif, satu usaha yang sekian lama dinantikan oleh para penggiat industri di Sabah.

Jelasnya, kewujudan entiti baharu itu mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam menyokong pertumbuhan sektor kreatif dan mengiktiraf potensinya sebagai penyumbang ekonomi.

SAFVA turut menegaskan kesediaan untuk bekerjasama sepenuhnya bagi memastikan perancangan pembangunan yang melibatkan industri kreatif dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Persatuan itu yakin penubuhan agensi tersebut akan membuka ruang lebih luas kepada penggiat seni, menyediakan ekosistem lebih tersusun, serta memberi peluang kepada Sabah menambah satu lagi sumber pendapatan melalui pertumbuhan ekonomi kreatif yang semakin pesat.

Dengan langkah ini, SAFVA melihat masa depan industri kreatif Sabah semakin cerah dan berdaya saing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal