Sabah Tegas Tuntut Pelaksanaan Penuh Pemberian Khas 40 Peratus

WhatsApp Image 2026 04 30 at 14.26.19

KOTA KINABALU: 30 April 2026 – Kerajaan Sabah menegaskan pendiriannya untuk menuntut pelaksanaan penuh pemberian khas 40 peratus dari hasil persekutuan seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata kerajaan negeri kekal dengan pendirian bahawa formula asal di bawah Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan mesti dilaksanakan sepenuhnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan bayaran interim yang kini diterima Sabah dari kerajaan Persekutuan.

Hasil rundingan berterusan antara kedua-dua pihak, bayaran interim yang diterima Sabah telah meningkat kepada RM600 juta setahun berbanding hanya RM26.7 juta sebelum ini.

“Peningkatan ini menunjukkan perkembangan positif, namun ia bukanlah jumlah muktamad yang sepatutnya diterima oleh negeri Sabah,” kata Masidi.

Menurutnya, bayaran interim yang diterima sekarang tidak menjejaskan hak Sabah untuk terus menuntut bayaran bagi “lost years” (tahun-tahun terlepas) dan jumlah penuh berdasarkan formula asal 40 peratus.

Tegas beliau, Kerajaan Sabah akan terus memperjuangkan hak negeri demi memastikan keadilan kewangan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dapat direalisasikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal