Ryenald Guntabid layak ke pentas akhir AJL40, sifatkan penghormatan besar

IMG 3212

KOTA KINABALU : 24 April 2026 – Penyanyi kelahiran Sabah, Ryenald Guntabid, mengakui sukar mempercayai bahawa beliau kini secara rasmi layak ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40). Dalam perkongsian di Facebook, beliau menyifatkan pencapaian itu sebagai penghormatan besar dan amat bermakna dalam perjalanan seninya.

Menerusi perkongsian di Facebook, beliau berkata “Secara rasmi layak ke pentas akhir AJL40. Satu penghormatan yang sangat besar dan sangat bermakna buat saya. Sebagai seorang anak seni, saya cuma mampu tunduk dan bersyukur.”

Di sebalik kejayaan itu Reyneld berkata,“Tanpa kasih, rahmat dan pimpinan, saya tidak akan sampai ke tahap ini. Dalam setiap jatuh bangun, setiap air mata dan setiap doa yang saya simpan dalam diam, Tuhan tetap setia.”

Beliau merakamkan penghargaan kepada Prashan Chitty kerana mempercayainya bakatnya dan banyak membantu perkembangan kerjayanya, “Terima kasih kerana menerima saya sebagai talent, percaya pada perjalanan saya sebagai artis. Kepercayaan, peluang dan sokongan ini sangat besar maknanya. Life changing.”

Beliau juga menghargai BEHATI dan Shah Idris yang memastikan penampilannya berada pada tahap terbaik, selain Adam Imanuel untuk visual persembahan. Tidak dilupakan keluarga yang sentiasa mendoakan dan menyokongnya.

“Ini bukan perjalanan saya seorang. Ini hasil doa, usaha, pengorbanan dan kasih dari ramai orang di sekeliling. AJL Finalis – satu ayat yang sangat berat dan bermakna buat saya,” katanya.

Dengan nada bersahaja, beliau menutup perkongsian dengan bait pantun: “Dua tiga kucing berlari, kita berjumpa di pentas final nanti.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal