ROK 2026 Serlah Identiti Budaya Sabah

WhatsApp Image 2026 10 05 at 12.31.15 PM

Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim

KOTA KINABALU: 5 Oktober 2026 – Program Ritma Kinabalu @ Rhythms Of Kinabalu (ROK) 2026 menyerlahkan identiti budaya Sabah menerusi persembahan berteraskan legenda tempatan, warisan, cerita rakyat negeri Sabah.

Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara (JKKN), Mohd Amran Mohd Haris berkata, edisi ke-12 ROK mengetengahkan legenda Aki Nabalu, pahlawan etnik Murut, penceritaan Huminodun, kebudayaan Ratu Lepa.

WhatsApp Image 2026 10 05 at 12.31.15 PM 1

Katanya, kepelbagaian etnik Sabah diterjemahkan menerusi persembahan untuk tatapan masyarakat tempatan selain pelancong antarabangsa.

“Pengisian identiti budaya bukan sahaja menjadi lambang perpaduan menerusi kesenian, malah menjadi platform mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026), Tahun Melawat Sabah 2027,” katanya.

WhatsApp Image 2026 10 05 at 12.31.15 PM 2

Menurut Amran, Sabah menjadi negeri ke-10 menerima penganjuran itu sebelum program Pelancongan Budaya JKKN diteruskan ke Pahang, Kuala Lumpur, Sarawak.

ROK 2026 dirasmikan wakil Ketua Menteri Sabah, Datuk Joniston Bangkuai.

WhatsApp Image 2026 10 05 at 12.31.14 PM

Turut hadir, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Dr. Andi Md. Shamsureezal Mohd Sainal; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab; Timbalan Ketua Setiausaha MOTAC (Kebudayaan), Datuk Mohd Yusri Mohd Yussof.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal