Recital hall baharu Tambunan pemangkin kreativiti muzik

a0ac9f8c dbb2 4385 a393 2701125c1c09 1

TAMBUNAN: 20 Mei 2026 – House of Music Arts (HOMArts) membuka recital hall pertama di Tambunan sekali gus menjadi pemangkin baharu pembangunan pendidikan muzik dan seni kreatif di daerah itu.

HOMArts Recital Hall di Kampung Karanaan dirasmikan Ahli Parlimen Keningau dan ADUN Tambunan, Jeffrey G. Kitingan pada Isnin lalu.

Jeffrey berkata, kemudahan itu bukan sahaja menjadi pusat persembahan dan latihan muzik, tetapi turut membuka lebih banyak peluang kepada generasi muda mengembangkan bakat dalam bidang seni kreatif.

Menurutnya, HOMArts juga berjaya melahirkan pelajar berkualiti sehingga ada yang melanjutkan pengajian muzik ke institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

“Saya berharap kemudahan ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk pembelajaran muzik moden, tradisional dan pendidikan seni secara menyeluruh,” katanya.

Sementara itu, Pengarah HOMArts, Nick Arddley Nicholas berkata, recital hall berkenaan menjadi simbol perkembangan pendidikan muzik di Tambunan.

Katanya, kemudahan itu akan digunakan untuk persembahan pelajar, peperiksaan muzik, latihan ensemble dan orkestra selain bengkel dan masterclass.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jeffrey atas sokongan dan sumbangan bagi pembinaan bangunan HOMArts Music for Special Needs.

Majlis turut diisi dengan persembahan angklung pelajar HOMArts, lawatan ke bangunan Program OKU HOMS dan penyampaian Appreciation Award kepada penyumbang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal