Prosiding Pengurusan Kes 5 Remaja dan Inkues Kematian Zara Qairina Berlangsung Serentak Hari Ini

KOTA KINABALU: 25 September 2025 – Prosiding pengurusan kes membabitkan lima remaja yang didakwa berhubung kematian Zara Qairina Mahathir berlangsung hari ini, serentak dengan prosiding inkues kematian remaja berusia 13 tahun itu yang memasuki hari ke-14.

Difahamkan, prosiding pengurusan kes lima remaja berkenaan dijalankan terlebih dahulu sebelum inkues diteruskan.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam mewakili ibu Zara Qairina, Rizwandean M Borhan, dalam sidang akhbar pada Rabu.

Menurutnya, pihaknya hadir sebagai pemerhati dalam prosiding tersebut dan salah seorang daripada pasukan peguam dijangka hadir untuk mengikuti pengurusan kes sebelum inkues bersambung.

Katanya, prosiding pengurusan kes perlu diselesaikan terlebih dahulu kerana peguam terlibat dalam kedua-dua prosiding berkenaan.

Pada 20 Ogos lalu, kelima-lima remaja terbabit mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela dan kata-kata kesat terhadap Allahyarham Zara Qairina.

Sumber: Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal