Projek klinik kesihatan Sungai Manila naik kos lebih dua kali ganda

Gambar YB Datuk Julitah Mojungki

KOTA KINABALU: 22 Julai 2025 – Kos pembinaan Klinik Kesihatan Jenis 6 dan kuarters di Sungai Manila, Sandakan meningkat dari RM15 juta ke RM34.82 juta, menyebabkan projek itu masih belum dapat diteruskan ke peringkat tender.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Julita Majungki, berkata projek berkenaan kini berada dalam fasa pra-pelaksanaan. Proses penyelarasan dan kelulusan semula dokumen teknikal dan kewangan sedang diselesaikan.

Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Rina Jainal, menyampaikan jawapan itu semasa menjawab soalan Datuk Hazem Mubarak Tun Musa (Sungai Manila) di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.

Menurut Flovia, peningkatan kos berpunca dari pertukaran tapak pembinaan, perubahan reka bentuk dan kenaikan harga pasaran semasa.

Beliau berkata permohonan Notice of Change (NOC) perlu diangkat untuk menaikkan siling projek kepada RM35 juta.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah kini sedang menyediakan dokumen untuk dibentangkan semula dalam Mesyuarat Preliminary Details Abstract (PDA) sebelum projek itu dapat diteruskan ke peringkat seterusnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal