Pitas sasar sekurang-kurangnya satu emas di MSS Sabah 2026

WhatsApp Image 2026 07 19 at 10.16.58 PM

Oleh: Nurul Fazliana Norman

RANAU: 19 Julai 2026 – Kontinjen olahraga Pitas menetapkan sasaran sekurang-kurangnya satu pingat emas dan kemaraan ke peringkat akhir dalam setiap acara pada Kejohanan MSS Sabah 2026 yang berlangsung di Ranau.

Jurulatih pasukan, George, berkata sasaran itu bersifat realistik memandangkan persaingan pada edisi kali ini dijangka lebih sengit.

“Kami menyasarkan sekurang-kurangnya satu pingat emas dan atlet-atlet kami perlu melangkah ke peringkat akhir dalam acara masing-masing,” katanya kepada wartawan TV Sabah hari ini.

Katanya, persiapan atlet telah dijalankan lebih awal melalui latihan berterusan setiap Isnin hingga Jumaat, selain menyertai kejohanan terbuka di seluruh Sabah untuk meningkatkan prestasi dan pengalaman pertandingan.

Bagaimanapun, George mengakui cabaran terbesar kontinjen Pitas adalah menyelaraskan jadual latihan antara atlet sekolah rendah dan menengah yang mempunyai jurulatih berbeza, selain faktor perjalanan ke Ranau yang menggunakan kenderaan guru-guru.

Perbezaan cuaca turut diberi perhatian. “Di Pitas, beberapa minit sudah berpeluh ketika memanaskan badan, tetapi di Ranau keadaannya berbeza. Atlet perlu mengambil masa lebih lama untuk memastikan badan benar-benar bersedia,” jelas George.

Seorang lagi jurulatih menekankan fokus kepada konsistensi prestasi dan ketahanan mental sepanjang pertandingan, dengan sokongan jurulatih dan semangat berpasukan menjadi elemen utama.

Selepas kejohanan ini, program pembangunan atlet akan diteruskan melalui kejohanan terbuka dan latihan berterusan untuk memastikan bakat-bakat muda terus diasah.

Pitas turut mengenal pasti beberapa atlet berpotensi, termasuk peserta lontar peluru perempuan bawah 15 tahun, pelari 800 meter dan 2,000 meter lari berhalangan.

Pihaknya juga merancang mengesan bakat lebih awal untuk diserap ke program atlet elit daerah supaya mereka mendapat latihan lebih sistematik dan pendedahan pertandingan sejak awal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal