Petrova mahu terus perbaiki persembahan di Borneo Rising

WhatsApp Image 2026 09 14 at 5.17.29 PM

Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim

KOTA KINABALU: 14 September 2026 – Peserta Borneo Rising, Petrova mahu terus memperbaiki persembahan setiap minggu sepanjang lapan minggu pertandingan dengan memberi tumpuan kepada penguasaan pentas, kesihatan, susunan muzik.

Mengulas persembahan minggu ini, Petrova bersyukur apabila sokongan peminat menerusi undian membantunya berada di kedudukan tinggi.

“Saya sentiasa menyasarkan tempat pertama, kedua atau sekurang-kurangnya ketiga,” katanya.

Petrova berkata strategi minggu ini tertumpu kepada penguasaan pentas, penjagaan kesihatan selepas melihat beberapa peserta mengalami demam, batuk atau kurang sihat.

“Kalau sakit, bagaimana mahu mencapai nada tinggi. Jadi, saya sentiasa menjaga kesihatan, termasuk memakai pelitup muka,” katanya.

Untuk minggu ketiga, Petrova memilih lagu Emas nyanyian Nadira yang diluluskan pihak produksi. Menurut Petrova, lagu itu antara kegemarannya kerana mampu menonjolkan kekuatan vokal, terutama nada tinggi.

Petrova menjelaskan setiap peserta perlu menyediakan senarai lima lagu mengikut tema sebelum pihak produksi meluluskan pilihan yang sesuai.

Sebelum menyertai Borneo Rising, Petrova aktif menyertai pertandingan nyanyian. Terbaharu, Petrova terpilih sebagai salah seorang daripada dua finalis Bintang Sudirman 2.0 yang akan bertanding di Kuala Lumpur pada 5 Disember ini.

Petrova pernah mewakili Papar, Kota Kinabalu sebelum mewakili Inanam. Mengakui berdepan rasa kurang yakin ketika bersaing dengan artis berpengalaman, Petrova mahu memperbaiki kelemahan, termasuk susunan muzik. Konsep persembahan pula dicadangkan sendiri sebelum disesuaikan pihak produksi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal