Petrova kekal di kedudukan teratas minggu ketiga, Aadel tinggalkan Borneo Rising

WhatsApp Image 2026 09 21 at 10.20.00 AM

Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim

KOTA KINABALU: 21 September 2026 – Petrova terus menguasai kedudukan teratas Borneo Rising selepas mencatat markah keseluruhan 75.19 peratus pada konsert minggu ketiga.

Dabra menduduki tempat kedua dengan 70.55 peratus, diikuti Joy 64.45 peratus, Havard 62.85 peratus, Syukri 61.74 peratus bersama Harris 61.74 peratus.

WhatsApp Image 2026 09 21 at 10.20.02 AM 1

Dabra turut mencuri perhatian menerusi persembahan lagu Sejambak Bunga nyanyian Ernie Zakri, sekali gus dipilih sebagai penerima Persembahan Paling Power sumbangan CelcomDigi di segmen terakhir.

Kemenangan itu melayakkan Dabra membawa pulang wang tunai RM1,000.

Konsert Minggu Ikon Power Up turut menyaksikan Aadel gagal mara ke pusingan seterusnya selepas tewas dalam segmen battle.

WhatsApp Image 2026 09 21 at 10.20.01 AM

Rizzani mencatat 51.90 peratus, manakala Faris memperoleh markah terendah dengan 46.31 peratus.

Kedua-dua peserta itu akan menentukan nasib masing-masing menerusi segmen battle pada minggu keempat.

WhatsApp Image 2026 09 21 at 10.20.02 AM

Borneo Rising bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam menerusi Astro Ria saluran 104, TV Okey saluran 146, Astro GO, Sooka, On Demand, RTMKlik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal