Pesta Kaamatan KDCA Putrajaya 2026 meriah, perpaduan terus diperkukuh

WhatsApp Image 2026 05 03 at 12.33.21 PM 1

PUTRAJAYA, Pesta Kaamatan KDCA Wilayah Persekutuan Putrajaya 2026 disambut meriah di Bangi Avenue Convention Centre, menghimpunkan masyarakat Sabah dari pelbagai latar belakang dengan suasana penuh semangat perpaduan, kebudayaan dan keharmonian.

Pesta Kaamatan bukan sekadar perayaan tradisi masyarakat Kadazandusun Murut dan Rungus (KDMR), tetapi juga merupakan wadah penting untuk memperkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia, sejajar dengan tema sambutan tahun ini “Kaamatan: Menuai Perpaduan, Meraih Keharmonian”.

Timbalan Presiden Kadazandusun Cultural Association (KDCA), Huguan Siou Lundu Mirongod, Bulawan Siga Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan berkata demikian semasa menyempurnakan perasmian Sambutan Pesta Kaamatan KDCA Putrajaya pada 2 Mei, baru-baru ini.

Pertandingan Unduk Ngadau dan Sugandoi menjadi tumpuan kemuncak acara. Kedua-duanya symbol keindahan, bakat, dan warisan budaya Sabah.

WhatsApp Image 2026 05 03 at 12.38.44 PM 1

Keputusan pertandingan Unduk Ngadau 2026, johan Wendey Merrylen S. Jasmin, akan ke Sabah untuk peringkat Kebangsaan di Hongkod Koisaan (KDCA), naib johan Rachel Justin, diikuti tempat ketiga Beatrice Padalis.

Sugandoi 1

Manakala keputusan pertandingan Sugandoi 2026, johan Beatrice La Salle yang akan ke peringkat Kebangsaan di Sabah, naib johan Ricky Bernit, diikuti tempat ketiga Dayang Ku Iffah.

Pelbagai persembahan kebudayaan turut dipersembahkan sepanjang majlis, antaranya tarian Sumazau, Mogunatip dan persembahan Sugandoi, sekali gus menyerlahkan kekayaan warisan budaya Sabah.

Sambutan yang amat menggalakkan mencerminkan sokongan padu masyarakat terhadap penganjuran Pesta Kaamatan di ibu Negara Malaysia.

Jeffrey berharap para pemenang pertandingan dapat menjadi ikon dan inspirasi kepada generasi muda demi memartabatkan budaya dan meneruskan legasi warisan nenek moyang.

Beliau yakin bahawa kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah akan terus diperkukuh untuk menyokong pembangunan komuniti dan perpaduan rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal