Penambahan Tenaga Kerja dan Baik Pulih Fasiliti di Hospital Lahad Datu – KKM

LAHAD DATU: 13 Ogos 2025 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menambah sumber manusia, termasuk pegawai perubatan dan pakar, serta melaksanakan kerja-kerja baik pulih di Hospital Lahad Datu dengan kadar segera.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata hospital berstatus pakar minor dengan 13 kepakaran itu memerlukan penambahan tenaga kerja bagi meningkatkan keberkesanan rawatan.

“Kita sudah mengenal pasti 13 pegawai untuk fasa pertama penempatan dan tujuh lagi akan ditambah pada fasa kedua,” katanya kepada pemberita pada lawatan kerja intensif tiga hari beliau ke 22 fasiliti kesihatan di enam daerah Sabah, yang akan berakhir pada khamis ini.

Dzulkefly turut memaklumkan bahawa kerja-kerja penambahbaikan Hospital Lahad Datu akan dilaksanakan di bawah Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Beliau melihat sendiri keretakan di wad bersalin dan segera mengambil tindakan dengan memasukkannya ke dalam RMK13 untuk dibaik pulih kerana ia dianggap mustahak dan tidak boleh ditolak ansur.

Beberapa fasiliti uzur lain perlu dibaik pulih segera bagi memastikan keselamatan pesakit dan kesejahteraan warga kerja hospital.

Sumber: Sabah Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal