Pembaca mahu TV Sabah News terus bersiaran
Mohd Syukrie Johary
TUARAN: Pengguna dan pembaca yang tahu kewujudan sebuah sumber berita iaitu Tv Sabah News mahu portal itu terus bersiaran di media sosial kerana ia memberi maklumat terkini yang semakin disenangi ramai.
Mereka memberitahu portal itu memberi pelbagai maklumat bukan sahaja politik tetapi juga menyediakan maklumat aspek sosial, ekonomi dan hiburan.
Cuma mereka mahu portal dalam Bahasa Malaysia itu bersikap tidak berat sebelah terutamanya dalam melaporkan berita politik dan bahan lain.
Aktivis masyarakat Mohd Faiz Azman, mahu portal berita TV Sabah News lebih objektif dalam menyiarkan berita supaya pengguna yakin keupayaannya mengendalikan medium maklumat tepat, adil dan benar.
“Jika TV Sabah News mampu memenuhi kehendak itu, ia pasti menjadi sumber rujukan masyarakat yang mahukan maklumat benar dan tepat.
“Jangan jadi seperti segelintir portal berita di negara ini, yang bukan sahaja bersikap berat sebelah, malah berani menyiarkan berita palsu,” katanya ketika ditemui di sini pada Selasa.
Sehubungan itu, beliau berharap kewujudan portal berita tempatan itu dapat dikekalkan sebagai medium masyarakat mencari bahan rujukan yang berkualiti.
Pembaca, Jane Jerry, 30 pula menyifatkan adalah satu kerugian jika penerbitan portal berita berbahasa Malaysia di Sabah dihentikan.
Katanya, kenapa perlu dihentikan jika medium maklumat itu mempunyai pengikut ramai serta adil dalam penerbitan berita?
Katanya, sepanjang kempen, pilihan raya sehinggalah perdana menteri baharu Malaysia dilantik TV Sabah News memberi bahan yang informatif dan liputan yang objektif serta seronok dibaca.
– Tv Sabah News
0 Comments