Pemandu Lori Ditahan, Disyaki Rogol Kanak-Kanak 12 Tahun

photo 2025 10 01 21 39 19

SUNGAI PETANI: 1 Oktober 2025 — Polis menahan seorang pemandu lori berusia 22 tahun kerana disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun di Kampung Bakar Kapor.

Mangsa dipercayai mengenali suspek melalui aplikasi media sosial pada 24 September lalu.

Mereka bertemu buat kali pertama pada 29 September, di mana suspek didakwa meraba mangsa.

Pada malam kejadian, kira-kira jam 8.30 malam, suspek sekali lagi bertemu mangsa sebelum membawanya ke kawasan belakang sebuah rumah di kampung berkenaan lalu merogolnya.

Mangsa kemudian menceritakan kejadian kepada keluarganya sebelum laporan polis dibuat.

Kanak-kanak terbabit turut dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk pemeriksaan lanjut.

Susulan laporan itu, suspek ditahan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda sekitar jam 1.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, berkata permohonan reman akan dibuat di mahkamah hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sumber: Buletin TV3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal