Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim
KOTA KINABALU: 4 Oktober 2026 – Seorang lelaki berusia lingkungan 20-an ditemukan meninggal dunia selepas Honda WR-V dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam parit di Jalan Pan Borneo Inanam, berhampiran simpang masuk Kampung Kawakaan, pada 2 Oktober lalu.
Polis Daerah Kota Kinabalu menerima maklumat penemuan mayat dari Jabatan Bomba pada jam 10.50 pagi di kawasan berkenaan.
Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku sekitar jam 4 petang, 1 Oktober lalu, ketika mangsa dalam perjalanan dari Penampang menuju Menggatal. Kenderaan itu dipercayai hilang kawalan, terbabas ke kiri jalan, melanggar penghadang sebelum terjunam ke dalam parit.
Mangsa dipercayai tercampak keluar sebelum dihanyutkan arus deras. Operasi mencari terpaksa dihentikan sementara kerana keadaan cuaca buruk dan arus deras sebelum disambung semula pada pagi 2 Oktober.
Mayat ditemukan tersangkut pada kayu di sungai, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian. Mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Polis Daerah Kota Kinabalu

