Pelan Internet Prabayar No. 1 Nilai Terbesar: Hotlink Kini Kembali dengan Hotlink Prepaid Pasti Mampu Belanja Makan

gambar 1

KOTA KINABALU: 26 Jun 2026 – Lanskap telekomunikasi di Sabah terus berkembang apabila Hotlink Prepaid memperkenalkan Hotlink Prepaid Pas Internet Semua dalam Satu, sebuah pelan prabayar yang bukan sahaja menawarkan internet tanpa had, malah dilengkapi dengan pelbagai ganjaran eksklusif termasuk baucar makanan percuma, hiburan digital, hadiah mingguan dan kemudahan roaming antarabangsa.

Pas internet ini dilihat sebagai satu inisiatif yang memberi nilai terbesar kepada pelanggan, Dengan satu langganan, pengguna bukan sahaja menikmati sambungan internet 5G yang pantas dan stabil, malah berpeluang memperoleh pelbagai manfaat tambahan yang boleh ditebus secara terus melalui aplikasi Hotlink.

Kali ini, Hotlink membawa ganjaran TERBESAR mereka ke Kota Kinabalu sekali lagi menerusi Hotlink Prepaid Pasti Mampu Belanja Makan! Dari 3 hingga 5 Julai 2026 di Gaya Street, Geng Bijak Berbajet di Sabah dijemput untuk menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti karaoke, menari dan permainan interaktif. Pengunjung hanya perlu melengkapkan cop di booth Hotlink melalui aktiviti-aktiviti yang tersedia untuk menebus baucar makanan KFC dan Ai-CHA percuma dari Hotlink!

Bukan sekadar sebuah acara, Hotlink Prepaid Pasti Mampu Belanja Makan membolehkan pengguna merasai sendiri nilai TERBESAR yang ditawarkan oleh Hotlink Prepaid Pas Semua dalam Satu dengan cara yang lebih menyeronokkan. Selepas Kota Kinabalu, nantikan acara Hotlink di Tawau dan Sandakan pada Julai dan Ogos 2026 ini!

gambar 2

Lebih Daripada Sekadar Internet
Selain menawarkan internet, hotspot, panggilan dan kelajuan tanpa had, pelanggan turut menerima pelbagai ganjaran eksklusif dengan Hotlink Prepaid Pas Internet Semua dalam Satu yang memberi nilai tambah kepada penggunaan harian mereka.
Antara manfaat yang ditawarkan termasuk:

  1. Internet, hotspot, panggilan dan kelajuan 5G tanpa had.
  2. Baucar makanan KFC dan Ai-Cha percuma.
  3. Menang hadiah setiap Ahad melalu Menang Ahad, seperti iPhone, TV, baucar makanan, data internet, dan pelbagai lagi.
  4. Akses penstriman sukan dan hiburan melalui Sooka tanpa caj tambahan.
  5. Data roaming percuma ke Singapura, Thailand dan Indonesia.
    Gabungan manfaat ini menjadikan Hotlink Prepaid bukan sekadar pelan telekomunikasi, tetapi sebuah pakej gaya hidup digital yang lengkap untuk pengguna masa kini.

Hotlink Belanja Makan, Ganjaran Yang Benar-Benar Boleh Dinikmati
Salah satu tarikan utama kempen ini ialah Hotlink Belanja Makan, di mana pelanggan boleh menikmati makanan dan minuman percuma daripada KFC dan Ai-Cha dengan setiap pembelian Hotlink Prepaid Pas Internet Semua dalam Satu!

Proses untuk menikmati ganjaran ini juga cukup mudah. Selepas membeli pas di mana-mana kedai Hotlink atau melalui aplikasi Hotlink, pelanggan hanya perlu membuka halaman Ganjaran dalam aplikasi Hotlink untuk mendapatkan kod penebusan. Bagi ganjaran KFC, kod tersebut hanya perlu disalin ke aplikasi KFC untuk menikmati set KFC PERCUMA secara self-collect. Manakala bagi Ai-CHA, pelanggan hanya perlu menunjukkan kod QR dalam aplikasi Hotlink di kaunter Ai-CHA untuk menebus minuman PERCUMA.

Pendekatan ini memberikan pengalaman yang lebih interaktif kepada pelanggan kerana setiap langganan bukan sahaja memberikan sambungan internet berkualiti, malah turut menawarkan ganjaran sebenar yang boleh dinikmati dalam kehidupan seharian.

Direka Khusus Untuk Keperluan Pengguna Sabahan
Pelancaran pelan ini turut mencerminkan komitmen Hotlink dalam memahami keperluan pengguna di Sabah. Daripada pelajar universiti, pekerja muda, usahawan kecil sehinggalah kepada pencipta kandungan digital, setiap golongan memerlukan sambungan internet yang pantas serta mampu milik bagi menyokong aktiviti harian mereka.

Dengan penawaran harga istimewa (diskaun RM20) kepada golongan muda 24 tahun dan ke bawah melalui Hotlink Rewards untuk Youth, Hotlink Prepaid memberikan keseimbangan antara prestasi rangkaian, nilai penjimatan dan pengalaman digital yang lebih menyeronokkan.

Semua Ganjaran Dalam Satu Aplikasi
Selain kemudahan pembelian pelan internet, aplikasi Hotlink turut menjadi pusat sehenti bagi pelanggan menguruskan akaun mereka. Melalui aplikasi ini, pengguna boleh mengaktifkan pelan internet bulanan, menebus baucar makanan, menyemak hadiah mingguan Menang Ahad, menebus langganan sooka secara percuma, dan memantau penggunaan internet serta status akaun dengan lebih mudah.

Pilihan Baharu Untuk Geng Bijak Berbajet
Dalam suasana ekonomi yang memerlukan pengguna berbelanja dengan lebih bijak, pelan telekomunikasi yang menawarkan lebih banyak nilai menjadi pilihan utama. Melalui gabungan internet tanpa had, makanan percuma, hiburan digital, menang hadiah setiap Ahad serta roaming percuma ke 3 negara iaitu Singapore, Thailand dan Indonesia, Hotlink Prepaid Pas Internet Semua dalam Satu tampil sebagai antara penawaran dengan nilai TERBESAR di pasaran khusus untuk pengguna di Sabah.

Lebih daripada sekadar sebuah pelan prabayar, ia merupakan penyelesaian digital yang membantu pengguna menikmati sambungan internet berkualiti sambil memperoleh pelbagai ganjaran yang benar-benar memberi manfaat kepada kehidupan harian.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Hotlink Prepaid Pas Internet Semua dalam Satu boleh mendapatkan maklumat melalui laman web rasmi Hotlink di www.hotlink.com.my/ms/plan/east-malaysia atau mengunjungi kedai Hotlink atau pengedar sah berhampiran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal