Pelabuhan pemangkin pertumbuhan industri, perdagangan dan pelaburan negeri – Ewon

4c96a2c0 7a72 4f9d 86be 70872dda932c

KOTA KINABALU: 23 April 2026 – Pelabuhan bukan sekadar pusat logistik, tetapi pemangkin utama kepada pertumbuhan industri, perdagangan dan pelaburan negeri.

Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) mencatatkan pengendalian meningkat sebanyak 532,391 TEUs kargo pada 2025, berbanding hanya 386,293 TEUs pada tahun sebelumnya mencerminkan pertumbuhan ekonomi negeri, menurut Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick semasa Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 LPPS di Sutera Harbour, semalam.

Justeru katanya, “Kecekapan dan daya saing pelabuhan akan menentukan sejauh mana kita mampu menarik pelabur dan meningkatkan kedudukan Sabah dalam rantaian perdagangan serantau.”

Beliau menegaskan bahawa pelabuhan bukan sekadar pusat logistik tetapi pemangkin utama pertumbuhan industri, perdagangan dan pelaburan.

Sejajar aspirasi Better Ports, Better Sabah, projek pembesaran Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP) dijangka siap pada hujung tahun hadapan untuk meningkatkan kapasiti dan kecekapan.

Kerajaan negeri juga mengambil pendekatan proaktif dengan lapan Pelan Tindakan Interim dan penubuhan pasukan petugas pemantauan.

Pada majlis berkenaan, seramai 47 kakitangan LPPS menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal