Minyak masak seludup bernilai RM67 ribu tumpas

photo 2026 03 11 09 30 09

SEMPORNA: Cubaan menyeludup sebanyak 1,530 peket minyak masak bersubsidi bernilai kira-kira RM67,442 berjaya digagalkan oleh Pasukan Polis Gerakan Am (PGA) Batalion 22 Kunak dalam satu rondaan laut di perairan Singamata dan Pulau Bum-Bum, Semporna, pada 9 Mac lalu.

Rampasan dibuat selepas sepasukan anggota Kompeni C Batalion 22 PGA Kunak yang diketuai Inspektor Muhamad Ridzuan Yusoff menahan sebuah bot kayu berwarna kelabu dalam keadaan mencurigakan ketika melaksanakan Op Taring ESSZONE.

Menurut beliau, bot dikendalikan oleh dua lelaki warga tempatan dan membawa 1,530 peket minyak masak jenama Sun Flower seberat satu kilogram setiap satu, disembunyikan dalam 90 bungkusan plastik hitam, dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

Turut dirampas ialah dua gelen petrol, sebuah enjin bot Yamaha 200 HP dan beberapa peralatan lain yang dipercayai digunakan dalam aktiviti penyeludupan.

Kesemua tangkapan dan barang rampasan kemudian diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Semporna untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sumber: Batalion 22 Pasukan Gerakan Am KUNAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal