‘Mau membawang ba kali dia tu admin!’ Anjing tersepit diselamatkan bomba

IMG 20261021 WA0094

Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim

KENINGAU: 21 Oktober 2026 – Seekor anjing berwarna hitam mencetuskan operasi menyelamat apabila kepalanya tersepit pada lubang udara di dinding kandang konkrit di Kampung Bingkor Baru, semalam.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau menerima panggilan kecemasan pada jam 10.20 malam, sebelum menggerakkan jentera ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 10 kilometer dari balai.

Setibanya di lokasi, Komander Operasi, PBK I Norhasrita Binti Manan, menjalankan penilaian awal, kepala anjing itu didapati tersangkut pada lubang udara berbentuk empat segi. Kesan darah pada dinding turut kelihatan ketika haiwan berkenaan dipercayai bergelut untuk melepaskan diri.

Anggota bomba kemudian menggunakan peralatan khas untuk memecahkan sebahagian dinding konkrit secara berhati-hati bagi membebaskan anjing itu.

Usaha tersebut berjaya apabila kepala haiwan berkenaan dapat dikeluarkan. Anjing itu mengalami luka ringan akibat pergeseran dengan konkrit sebelum diserahkan semula kepada pemiliknya.

Operasi menyelamat ditamatkan pada jam 11.05 malam.

Kejadian itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial yang berkongsi rasa simpati terhadap nasib anjing berkenaan, selain memuji tindakan anggota bomba.

“OMG! Comelnya. Hanya Wira Merah saja jadi Penyelamat,” tulis seorang pengguna.

Seorang lagi pengguna berseloroh, “Sedih nmpk tu titam.. Tapi lucu pula baca nukilan admin.. Maw membawang ba kali dia tu admin.”

Antara komen lain yang ditinggalkan ialah, “Kasihan gima c Uku… Terima kasih Pasukan penyelamat yg hebat.”

“Kesian c uku.. terima kasih wira2 bomba, sentiasa menjadi penyelamat tanpa mengira siapa pun mangsa,” tulis seorang pengguna.

Seorang pengguna turut berseloroh, “Duii giaa… Kesian… Pounsikou wira² abg bomba… Harap c uku tdk lg cuba p cubuk².”

Pelbagai reaksi itu memperlihatkan rasa simpati orang awam terhadap haiwan berkenaan, di samping penghargaan terhadap anggota bomba yang sentiasa bersedia memberikan bantuan tanpa mengira jenis haiwan yang memerlukan pertolongan.

Sumber: Balai Bomba dan Penyelamat Keningau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal