Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu batal cadangan penyerahan tuntutan sebagai NCR 400 hektar tanah FELDA sahabat 22 dan 23

FB IMG 1772096926799

KUALA LUMPUR: 26 Februari 2026 – Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan untuk membatalkan keputusan arahan Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Negeri Sabah berhubung cadangan penyerahan 400 hektar tanah di FELDA Sahabat 22 dan 23 yang dikaitkan dengan tuntutan Tanah Adat Anak Negeri (NCR).

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pihaknya mengambil maklum dan menghormati keputusan mahkamah yang dibuat pada 25 Februari 2026.

Menurut FELDA, tanah berkenaan telah diperoleh secara sah melalui pajakan selama 99 tahun yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 1984.

Sejak tahun 2009, kawasan tersebut menjadi subjek tuntutan oleh beberapa kumpulan yang mendakwa ia sebagai tanah adat.

Bagi mendapatkan penjelasan undang-undang berhubung isu tersebut, FELDA sebelum ini telah mengemukakan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan yang dibuat.

Dengan keputusan terbaharu ini, tanah berkenaan kekal di bawah hak milik FELDA.

Agensi itu turut menegaskan komitmennya untuk meneruskan pembangunan dan pengurusan ladang secara mampan demi kepentingan peneroka sdan pembangunan ekonomi Negeri Sabah dan negara.

Sumber:Kenyataan Media FELDA- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal