Lima pelajar terima biasiswa pengajian ke UK

63a50d19 c5d6 40d5 9789 c6732fee7f1f

KOTA KINABALU: 28 Ogos 2026 – Lima pelajar cemerlang Sabah terpilih menerima Biasiswa Anugerah Cemerlang Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah untuk melanjutkan pengajian ke Northumbria University, United Kingdom.

Mereka ialah Nixon Liew Yan Chern, Nur Sazrina Nester, Aidryn Syinta Aidi, Garry Gelvint Hendry dan Ivan Dominic Rainol.

IMG 1851

Penerima termuda, Nixon Liew Yan Chern, 17, berkata biasiswa berkenaan bukan sahaja meringankan beban kewangan, malah menjadi pendorong untuk mencapai cita-citanya sebagai jurutera kimia.

“Saya berharap saya dapat menggunakan ilmu saya untuk pembangunan negara pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Nur Sazrina Nester dari Tuaran menzahirkan rasa syukur atas peluang berkenaan dan berhasrat kembali berbakti kepada Sabah selepas menamatkan pengajian.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah dan selepas ini saya mahu berbakti kepada negeri Sabah sebagai menghargai dan membalas jasa atas peluang yang diberikan,” katanya.

Kesemua penerima dijadualkan berlepas ke United Kingdom pada 19 September depan.

Penyampaian biasiswa disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin, dalam satu majlis di Istana Seri Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Norlijah Danin; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Sabah, Datuk Ramlan Awang Ali dan Pengarah Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah, Emas Sanjongan Datu Okar.

Sumber: JAPEN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal