SANDAKAN: 24 Mac 2026 – Lima lelaki termasuk seorang warga asing ditahan dalam Ops Tapis Narkotik yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan di dua lokasi berasingan, petang kelmarin.
Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George Abd Rakman, operasi yang bermula kira-kira jam 3 petang di Kampung Bukit Nenas dan Kampung Sundang Darat itu menyasarkan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah.
Beliau berkata, operasi berkenaan membawa kepada penahanan seorang lelaki warga asing di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.

“Kesemua suspek kemudian dibawa ke pejabat BSJND IPD Sandakan untuk ujian saringan awal air kencing dan didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine,” katanya.
Dalam operasi sama, kira-kira jam 4 petang, pasukan turut melengkapkan dokumentasi tangkapan terhadap seorang lagi lelaki tempatan yang disyaki memasukkan dadah ke dalam badan, dengan keputusan ujian air kencing positif.
Kesemua suspek kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan ditahan di lokap IPD Sandakan untuk tindakan lanjut, selaras dengan usaha berterusan polis membanteras jenayah dadah di daerah ini.
Sumber: Polis daerah sandakan
