Lima Lelaki Ditahan Dalam Dua Kes Dadah

LAHAD DATU: 30 Disember 2025 – Polis Daerah Lahad Datu menahan lima lelaki dalam dua kes berasingan berkaitan dadah jenis syabu hasil operasi yang dijalankan di sekitar daerah ini, awal pagi tadi.

Dalam operasi kira-kira jam 1.10 pagi, polis menahan tiga lelaki warga asing di sebuah pondok di kawasan Ladang Adib Mas, Jalan Lahad Datu–Tungku.

Pemeriksaan menemui sebuah beg silang berwarna hitam mengandungi dadah jenis syabu seberat 52.69 gram bersama peralatan pembungkusan dan pengedaran dadah.

Polis turut menyita sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza 1.3 (manual) yang dipercayai digunakan dalam aktiviti tersebut.

Ujian saringan awal air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam satu kes berasingan pada hari yang sama, polis menahan dua lelaki tempatan di sekitar Daerah Lahad Datu selepas disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-duanya turut positif dadah.

Kesemua suspek kini ditahan untuk tindakan lanjut.

Sumber: Polis Daerah Lahad Datu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal