Lelaki warga asing ditahan bersama senapang angin guli buatan sendiri

WhatsApp Image 2026 09 02 at 9.08.22 AM

Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim

TAWAU: 2 September 2026 – Seorang lelaki warga asing ditahan polis selepas disyaki menceroboh kebun di Batu 15, Jalan Apas Balung, selain memiliki senapang angin guli buatan sendiri.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Wilynton Enchana Watt berkata, tangkapan dibuat susulan laporan pemilik kebun yang mendakwa ternampak seorang lelaki tidak dikenali berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, pengadu mendapati lelaki itu membawa senapang angin guli buatan sendiri, selain dipercayai memotong rantai pada pintu pagar kebun.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota Balai Polis Bandar Sri Indah yang menjalankan rondaan cegah jenayah pergi ke lokasi sebelum menahan suspek yang sedang duduk di bawah pokok dalam kawasan kebun.

“Hasil soal siasat awal, suspek menunjukkan lokasi senapang angin guli buatan sendiri berwarna hijau hitam yang diletakkan di atas kerusi di bawah pokok,” katanya.

Polis merampas satu laras senjata berkenaan untuk siasatan lanjut. Pemeriksaan mendapati suspek tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan, Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Sumber: Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal