Lelaki Pukul Adik Ditahan

photo 6077754413679316344 y

TAWAU: 10 Februari 2026 – Seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan polis selepas bertindak agresif di rumahnya di Kampung Langsat, Merotai Besar.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, suspek memukul adiknya, merosakkan harta benda dan mengugut ibunya dengan kata-kata mahu membakar rumah.

Justeru satu laporan polis dibuat kerana bimbang keselamatan keluarga dan suspek berjaya ditahan di lokasi sama.

“Suspek memiliki rekod jenayah lampau dan pernah dihukum di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Turut dirampas sebilah pisau panjang kira-kira 28 cm,” kata Ketua Polis Daerah Tawau, YDH ACP Jasmin bin Hussin.

Suspek kini berada di balai polis untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sumber: Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal