Lelaki Ditahan Disyaki Cabul Kanak-Kanak Perempuan Mempunyai Tiga Rekod Lampau

photo 2025 09 19 14 39 02

KULAI: 19 September 2025 – Seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun yang mempunyai tiga rekod lampau jenayah seksual ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes cabul seorang kanak-kanak perempuan.

Kejadian berlaku di sebuah tandas awam di Jalan Jambu Air, Taman Iris.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, suspek diberkas pada jam 5.45 petang dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret untuk permohonan tahanan reman.

Beliau menjelaskan bahawa semakan polis mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan sama.

Menurutnya, polis menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 57 tahun pada malam, 14 September lalu.

Wanita itu mendakwa cucunya berusia sembilan tahun sembilan bulan telah dicabul suspek kira-kira jam 7.30 malam di tandas awam berkenaan.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal