Gambar ilustrasi
Oleh: Nurul Fazliana Norman
TAWAU: 1 September 2026 – Seorang lelaki warga asing berusia 21 tahun ditahan polis kerana disyaki mencuri komponen motosikal dari sebuah bengkel di Batu 4, Jalan Apas, Tawau.
Tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan mengenai kehilangan beberapa komponen motosikal dari bengkel berkenaan.
Siasatan mendapati suspek dipercayai mengambil kesempatan ketika tiada pekerja di premis sebelum mengambil komponen motosikal yang berada di kawasan parkir.
Antara barangan yang dirampas ialah rim motosikal bersama tayar berwarna putih, bateri, CDI, drum brek, hub dan shaft motosikal.
Pemeriksaan lanjut mendapati suspek turut mempunyai satu rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 15(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan telah dihukum.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan untuk mengenal pasti penglibatan suspek dan keseluruhan kejadian.
Polis menasihatkan pemilik premis supaya memperketat aspek keselamatan, termasuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan memastikan premis tidak ditinggalkan tanpa pengawasan.
Sumber: Polis Daerah Tawau

