Lebih 200 Pelajar Sertai Hackathon IoT-AI Perdana di Sabah

KOTA KINABALU: 6 Julai 2026 – Seramai 200 pelajar dari seluruh Sabah menyertai program Sabah Smart School IoT Hackathon 2026 (SSSIH26) yang berlangsung secara dalam talian selama dua bulan, bermula 25 April hingga 28 Jun lalu.

883c88dd a9ed 4035 9d40 88811cea32c0

Program anjuran Digital Internet Association Malaysia (iaM) itu membawa tema Bandar Pintar, Pertanian Pintar dan Pelancongan Pintar untuk mengasah kemahiran berfikir kritis, menyelesaikan masalah dan kerja berpasukan di samping memperluas akses pendidikan digital kepada pelajar bandar dan luar bandar.

Team Bleu dari SMK Sanzac, Kota Kinabalu muncul juara, diikuti Team Estrax dari SMKA Tun Juhar, Sandakan (naib juara) dan Team Tree dari SMK Tambunan (tempat ketiga). Tempat keempat dan kelima masing-masing dimenangi SMKKJ Tech 2.0 dari SMK Kunak Jaya dan Team DriveHeroes dari SM Sung Siew, Sandakan. Kesemua pemenang menerima hadiah wang tunai berjumlah RM2,000 dan pingat dan baju-T.

e97b7eb8 3801 4230 93f3 33a7ef90eab0

“Saya berharap edisi 2027 dapat diadakan secara fizikal demi mengukuhkan kerjasama antara pelajar, guru, rakan industri dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah,” kata Timabalan Pengarah Sektor Pembangunan Muris, Muddin Beting dalam penutupan secara talian.

Sebanyak 270 kit komponen IoT turut diagihkan kepada sekolah bagi menyokong pembelajaran praktikal sebelum peserta membangunkan prototaip masing-masing.

7d7f2229 88de 4552 903e 5a3e31a98d2b

Program ini menyokong usaha memperkukuh kemahiran digital dan pendidikan STEM selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya dan Rancangan Malaysia Ke-13.

Pendaftaran Smart School IoT-AI Hackathon Peringkat Kebangsaan 2026 dijangka dibuka pada minggu kedua Julai ini.

Hackathon itu mendapat sokongan Hap Seng Consolidated Sdn Bhd sebagai penaja utama bersama Pulsy Technology Sdn Bhd, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal