Lapan Mangsa Cedera Kemalangan di Jalan Kota Belud –Tuaran

photo 6177197938967251843 y

KOTA BELUD: 8 Disember 2025 – Lapan orang cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Kota Belud–Tuaran, berhampiran Bukit Kelawat, pada malam Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Belud, ASP Ahmad Fathie Bin Md Salleh, insiden berlaku sekitar jam 11.35 malam apabila sebuah Proton Saga yang dalam perjalanan dari Kota Belud ke arah Tuaran bertembung dengan sebuah Perodua Myvi yang datang dari arah bertentangan.

Pertembungan kuat itu menyebabkan tujuh mangsa yang menaiki Proton Saga dan seorang lagi mangsa dari Perodua Myvi mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Kota Belud serta Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

PDRM meminta mana-mana saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Cawangan Trafik, IPD Kota Belud.

Orang ramai turut dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati di jalan raya serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat.

Sumber: Polis Daerah Kota Belud (Kenyataan Media)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal