Laluan utama Ranau-Kundasang terjejas akibat aliran lumpur

e032c623 807b 48aa 869a d3b4a1e15542

RANAU: 15 Oktober 2026 – Laluan utama di kawasan Kibbas-Tambiau dan Mohimboyon-Kundasang Lama terjejas teruk akibat kejadian aliran lumpur dan runtuhan batu berikutan hujan lebat, petang tadi.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 5 petang itu turut membabitkan kawasan Kampung Mohimboyon dan Kampung Lipantai, sekaligus mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal dan kenderaan ringan.

Susulan itu, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.37 Karanaan telah meminta bantuan kecemasan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau untuk membersihkan jalan raya dengan kadar segera.

Orang ramai dan penduduk setempat dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati, mengelakkan laluan tersebut, dan dilarang meredah aliran lumpur yang masih aktif demi keselamatan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal