Kutipan Cukai Jualan Negeri Sabah cecah RM1.387 bilion, petroleum dan sawit penyumbang utama

f7827aae 8b68 43df bc34 a51510fad0c8 5C967AB0 9514 4B41 9119 094B26117A29

KOTA KINABALU: 21 Julai 2026 – Kutipan Cukai Jualan Negeri (CJN) Sabah bagi sektor utama mencecah RM1.387 bilion setakat 30 Jun tahun ini, dengan petroleum dan minyak sawit mentah terus menjadi penyumbang terbesar kepada hasil negeri.

Kutipan tertinggi direkodkan dari minyak sawit mentah termasuk biojisim kelapa sawit sebanyak RM703.55 juta, diikuti produk petroleum sebanyak RM679.45 juta dan komoditi perikanan sebanyak RM4.22 juta.

Jumlah kutipan Cukai Jualan Negeri bagi sektor utama sehingga 30 Jun 2026 adalah RM1.387 bilion.

Jawapan bertulis itu diberikan oleh, Pembantu Menteri Kewangan I, Datuk Chong Chen Bin @ Ben Chong, untuk menjawab soalan Datuk Donald Peter Mojuntin (Moyog) mengenai kutipan Cukai Jualan Negeri mengikut sektor utama pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.

Beliau berkata, petroleum dan minyak sawit mentah terus menjadi penyumbang terbesar kepada kutipan Cukai Jualan Negeri Sabah, sekali gus menyumbang kepada hasil negeri, manakala komoditi perikanan turut menyumbang kutipan walaupun pada kadar yang lebih kecil.

Kutipan itu mencerminkan sumbangan berterusan sektor komoditi utama Sabah kepada hasil negeri, dengan petroleum dan minyak sawit kekal menjadi pemacu utama kutipan Cukai Jualan Negeri.

Menurut Ben Chong, setakat ini sektor perhutanan tidak tertakluk kepada pengenaan Cukai Jualan Negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal