KTPK dan European Wellness jalin kerjasama pertingkat tinju profesional Sabah

04e05e2a fb4a 4d8a 88d0 e6f952dbc724

KOTA KINABALU: 16 July 2026 – Kelab Tinju Profesional Kinabalu (KTPK) dan European Wellness Sports Science Regenerative Centre (EW-SSRC) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk memperkukuh pembangunan tinju profesional di Sabah, menerusi tumpuan kepada pembangunan atlet, teknologi pemulihan dan perubatan regeneratif.

06f49ffa 4c06 4d32 a616 4111b34c0aab 1

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Haji Nizam Abu Bakar Titingan, berkata kerjasama itu mencerminkan komitmen pelbagai pihak dalam memperkasakan sukan tinju profesional dan meningkatkan standard penjagaan atlet di negeri ini.

Ucapan beliau disampaikan oleh wakilnya, Francis Chung, pada sidang media Kejohanan BAM di European Wellness Premier Centre, Alamesra hari ini.

Menurut Nizam, pendekatan yang menggabungkan sains sukan, teknologi pemulihan dan perubatan regeneratif bukan sahaja membantu atlet pulih dari kecederaan, malah membolehkan mereka mengekalkan prestasi terbaik dalam pertandingan.

9f89342b 3eb4 405f 9680 d42acd32ac4c EE1EDFBF 86D1 46F3 AC74 54648B711213

Katanya, pemilihan Sabah sebagai lokasi kerjasama itu membuktikan keyakinan terhadap potensi wilayah tersebut untuk berkembang sebagai pusat pembangunan sukan berprestasi tinggi, sekaligus menarik lebih banyak pelaburan dan kerjasama dalam industri sukan.

Kesihatan atlet sama penting dengan kemenangan mereka. Kerjasama ini menetapkan standard baharu dalam penjagaan atlet sukan tempur profesional.

Sementara itu, Setiausaha KTPK, Encik Zairul, berkata kerjasama itu membuka peluang kepada atlet Sabah untuk memanfaatkan teknologi pemulihan kecederaan dan kepakaran perubatan sukan yang mampu meningkatkan prestasi mereka.

Beliau menyeru atlet tempatan mengambil peluang itu untuk meningkatkan kualiti latihan dan prestasi melalui penggunaan teknologi moden dan pengetahuan mendalam dalam pembangunan atlet.

Zairul turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Lembaga Sukan Negeri Sabah, European Wellness dan Persekutuan Tinju Profesional Malaysia (MPBF) atas sokongan dalam menjayakan Kejohanan BAM.

Menurutnya, kejohanan itu mendapat komitmen tinggi daripada petinju, jurulatih dan pengurus pasukan yang telah membuat persiapan sejak dua hingga tiga bulan lalu, dengan penyertaan atlet dari beberapa daerah termasuk Sandakan, Tongod, Tambunan, Penampang dan Kota Kinabalu.

Zairul berharap kerjasama antara badan sukan, agensi kerajaan dan sektor swasta akan terus diperkukuh bagi melahirkan lebih ramai petinju profesional dari Sabah yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Majlis pemeteraian MoU antara EW-SSRC dan KTPK itu diadakan sebagai langkah memperkukuh kerjasama dalam pembangunan atlet serta memajukan industri tinju profesional di Sabah.

– Tamat –

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal