Keterbukaan maklumat kurangkan kekeliruan isu Tenaga – Joniston

0A5C12B0 1BD0 4368 98AE 0F2D7A205BAA 2A47CEDF 8C1D 4265 BDD0 EB349AB6842D

KOTA KINABALU: 29 September 2026 – Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Joniston Bangkuai, menekankan kepentingan keterbukaan maklumat berkaitan isu tenaga di Sabah.

“Keterbukaan dalam penyampaian maklumat membantu media menghasilkan laporan yang tepat dan seimbang, sekali gus mengurangkan kekeliruan dan penyebaran maklumat tidak sahih,” katanya pada majlis perasmian Sesi Bersama Media anjuran Energy Commission of Sabah (ECoS) di The Pavilion, Shangri-La Tanjung Aru, di sini, kelmarin.

Menurutnya, isu tenaga melibatkan dasar, peraturan dan istilah teknikal yang sukar difahami masyarakat. Media perlu mendapatkan penjelasan dari ECoS untuk memastikan maklumat disampaikan dengan jelas dan tepat kepada rakyat.

Beliau menegaskan hubungan ECoS dengan media perlu diperkukuh berasaskan keterbukaan, profesionalisme dan tanggungjawab terhadap kepentingan awam.

“ECoS perlu melihat media sebagai rakan strategik dalam menyampaikan dasar dan inisiatif kerajaan kepada rakyat,” ujarnya.

Peranan media semakin penting selepas Sabah mengambil alih kuasa kawal selia gas daratan pada 10 Januari 2023, diikuti bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu pada 3 Januari 2024.

Katanya, sektor tenaga merupakan asas penting pembangunan Sabah. Tenaga yang stabil dan mampu milik memacu pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan.

Sabah mempunyai potensi besar dalam tenaga boleh baharu termasuk solar dan hidro. Namun, peralihan tenaga perlu dilaksanakan dengan teliti dengan mengambil kira kemampuan rakyat, kesiapsiagaan infrastruktur dan keperluan industri.

Joniston turut menyentuh inisiatif Solar Rakyat Sabah dan Sabah Energy Efficiency Action Plan (SEEAP) yang dilancarkan ECoS pada Julai lalu.

Usaha memperkukuh sektor tenaga memerlukan kerjasama semua pihak termasuk kerajaan, ECoS, pemain industri, institusi akademik, masyarakat dan media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal