Keluarga sejahtera asas perkhidmatan awam cemerlang – Zainudin

IMG 2102

Oleh: Nurul Fazliana Norman

KOTA KINABALU: 6 September 2026 – Keharmonian keluarga mampu meningkatkan dedikasi dan mutu penyampaian penjawat awam, kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman ketika merasmikan Program Hari Keluarga Ceria Ria anjuran PUSPANITA Cawangan Sabah di Shangri-La Rasa Ria Resort, Pantai Dalit, Tuaran kelmarin.

Beliau berkata, kesejahteraan keluarga penting dalam membantu penjawat awam melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan, sekali gus memberi manfaat kepada penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

IMG 2105

“Apabila keharmonian bermula di rumah, dedikasi dan mutu penyampaian tugas perkhidmatan awam secara automatiknya dapat ditingkatkan demi kemakmuran rakyat dan negeri Sabah,” katanya.

Zainudin berkata, program hari keluarga bukan sekadar aktiviti riadah, malah menjadi platform mengukuhkan hubungan dalam kalangan warga perkhidmatan awam dan menyokong keseimbangan antara tugas dan kehidupan.

IMG 2101

Justeru, beliau berkata pembangunan wanita di Sabah terus diperkasa menerusi pelbagai dasar, program keusahawanan dan sokongan sosial yang dilaksanakan Kerajaan Negeri.

Katanya, usaha berkenaan turut memberi tumpuan kepada peningkatan ekonomi keluarga di kawasan bandar dan luar bandar, termasuk membantu wanita meningkatkan pendapatan isi rumah selain mengurangkan jurang kemiskinan, khususnya golongan B40.

IMG 2104

“Kalau kita melihat statistik yang terkini, jumlah wanita yang memegang jawatan tinggi dalam pentadbiran kerajaan negeri sentiasa meningkat dan telah pun melebihi 30 peratus,” katanya.

Zainudin turut menggesa warga PUSPANITA terus memperkukuh integriti, profesionalisme dan semangat kerja berpasukan dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

IMG 2103

Program itu disertai hampir 600 peserta dan turut menyantuni anak-anak yatim dari Home Tuaran dan Jireh Home.

Turut hadir, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah dan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Daerah Kota Kinabalu, Datin Seri Adreen Aderizza Mohamad Sofi.

Sumber: JAPEN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal