Kampung Kiau Nuluh tonjolkan warisan budaya hidup dalam penilaian semula KUGGp

6A91B61B 1E03 4447 84C5 8C02503CF633 AEC96BB5 8992 4C20 BCE5 07E91AF1B0EE

Oleh: Roodwill

KOTA BELUD: 12 Ogos 2026 — Kampung Kiau Nuluh, Kota Belud, bukan sekadar mempamerkan warisan budaya kepada dua penilai sempena Penilaian Semula Kinabalu UNESCO Global Geopark (KUGGp) pada 11 Ogos 2026, sebaliknya membawa mereka menyusuri sendiri amalan, pengetahuan dan kehidupan komuniti yang masih dipertahankan hingga hari ini.

65D3F7D1 B63F 4561 8664 51DF95BDBB90 D17CEB6A D0DA 41AE 9AF3 2383F446535C 2

Dr. Atsuko Niina dan Dr. Zhang Yuanhal, dua penilai yang terlibat dalam misi penilaian semula itu, dibawa melihat pelbagai elemen warisan masyarakat Dusun Kiau, bermula dengan sambutan budaya sebelum menyusuri Walai Mitapus, produk komuniti, pemprosesan padi, penyediaan kopi secara tradisi, pembuatan parang dan galeri bahasa, adat serta kraftangan.

4ffdd886 8f3b 4464 9830 45fd58d37de5 5AAD6CB1 5DF2 48F1 A097 DD166535C046

Apa yang ditonjolkan komuniti bukan sekadar kepelbagaian budaya, tetapi hakikat bahawa warisan itu masih diamalkan, dipelajari generasi muda, menjadi sebahagian daripada pelancongan komuniti dan terus membentuk identiti masyarakat Dusun Kiau.

Warisan dalam sambutan dan muzik tradisi

Perjalanan penilai dimulakan dengan sambutan budaya yang membawa mesej tersendiri. Bunyi gong mengiringi ketibaan rombongan sebelum Togunggak, kalungan Rinongkitan dan tarian sambut tamu dipersembahkan.

2595031d 5e7f 4b1c bafd 9b5d82589113 7B74777D 60B6 4A19 91FD 404605B140E4

Masyarakat Kiau menganggap Tagung bukan sekadar muzik, malah menjadi simbol sejarah, perpaduan dan kesinambungan warisan yang terus diwariskan kepada generasi muda.

Ketua Kampung Kiau Nuluh, Joseph Gimbu, berkata perpaduan masyarakat menjadi asas kepada usaha memastikan kampung terus aman dan sejahtera.

f465708b 7217 4b7e 9db9 b040e462f355 BBF8E7BD CF6F 4EA6 801F F2638E8EFCC7

“Nasihat saya kepada penduduk kampung, kita adalah satu rumpun yang besar. Saya mahu seluruh penduduk kampung mematuhi aturan yang ditetapkan supaya kita dapat hidup dalam keadaan aman dan sejahtera. Ini selaras dengan visi untuk menjadikan kampung ini aman, sejahtera, melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan berdaya saing,” katanya.

Sambutan diteruskan dengan Tarian Sayau Kiau, Sumonggol dan Mongigol oleh Belia Dusun Kiau yang membawa nilai kesopanan, penghormatan, kesyukuran dan perpaduan komuniti.

6c04aa18 06eb 4868 b717 2dd1ef01ff22 4507B293 F029 425D 9574 FC97D8295783

Pengerusi Gompito, Duin Limundok, menekankan kepentingan kerjasama antara generasi terdahulu dan generasi muda dalam memastikan usaha komuniti terus bergerak.

37e82e29 15b8 4a6b b621 209615726694 1B799C0B 842C 4503 A024 F5CED9914FB4

“Harapan saya untuk setiap persatuan dan ahli Gompito adalah supaya kita dapat bekerjasama di setiap lapisan masyarakat, dari generasi terdahulu hinggalah kepada generasi muda, khususnya golongan belia,” katanya.

Walai Mitapus: Pusat pembelajaran dan pelancongan komuniti

Perjalanan penilai kemudian bergerak ke Walai Mitapus, yang berfungsi sebagai pusat pembelajaran, penyelidikan dan penerimaan pelawat dalam menyokong pembangunan pelancongan komuniti.

Di sini, penilai diperkenalkan kepada Monogulu Walai atau Mamanggor Walai, iaitu upacara tradisi pemberkatan rumah masyarakat Dusun Kiau.

11ba3546 19f8 4753 9057 b211de2b8652 EE183633 DE6D 440D B977 395C7926EE6E 1

Dalam adat ini, rumah bukan sekadar tempat berteduh, tetapi ruang kehidupan yang perlu diberkati sebelum didiami. Upacara dikendalikan Bobolian yang mengelilingi rumah sebanyak tujuh kali sambil melakukan mamajok untuk memohon perlindungan dan keberkatan.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Penilaian Semula UNESCO Kinabalu Global Geopark merangkap JKK Kampung Kiau Nuluh, Sokiong Sani, berkata aspek warisan budaya menjadi antara mesej utama kepada pihak penilai.

c15ecd62 fb9a 4ed0 a99b 01c45a2ded4e ADE5EA96 946B 4133 88A8 1AED39F7C449

“Mesej utama yang ingin kami sampaikan kepada pihak penilai adalah untuk mengingatkan kita semua tentang kepentingan warisan budaya Dusun Kiau,” katanya.

Produk komuniti dari ladang ke pengalaman pelancong

Di Walai Mitapus, penilai dibawa melihat produk kampung yang merangkumi hasil pertanian, produk hiliran, kraftangan dan produk pelancongan.

B1DECEC4 A98C 4FCF 96C4 DCD5F5FABA34 0CEC4E69 39B3 4DF5 AB81 81B94CB115C9

Antara produk pertanian yang dipamerkan ialah Kopi Arabika Kiau, sambal berasaskan nenas, sayur-sayuran tanah tinggi dan buah-buahan bermusim.

Produk hiliran pula merangkumi madu kelulut, kopi Arabika yang telah diproses, lihing, tapai beras dan pelbagai produk makanan berasaskan hasil tempatan. Manakala produk kraftangan termasuk parang tradisional Kiau, pelbagai produk berasaskan tumbuhan dan cenderamata tempatan.

7a8e47de f9e9 4ba1 a15e fa6b4245cc5e

Madu kelulut bukan sahaja dijual sebagai produk, tetapi turut menjadi tarikan pelancongan berasaskan alam semula jadi. Pelawat berpeluang mempelajari penternakan kelulut, kepentingan lebah dalam pendebungaan dan proses penuaian madu secara lestari.

Untuk sektor pelancongan, komuniti menawarkan homestay, pakej Community-Based Tourism, trek alam semula jadi, demonstrasi pembuatan parang, pengalaman memetik dan memproses kopi, serta lawatan ke ladang kelulut dan aktiviti merasa madu.

EE45206C 6176 46AE AF95 46A923B885EE 79F96EBF C29D 4B06 860D 274C2F2A90A9

Menumbuk dan menampi: Warisan yang mengajar nilai hidup

Perjalanan diteruskan dengan demonstrasi penyediaan beras melalui proses menumbuk padi, menampi dan meniri.

Padi merupakan tanaman utama masyarakat Dusun Kiau sejak dahulu lagi. Sebelum penggunaan mesin moden, keseluruhan proses pemprosesan padi dilakukan secara manual menggunakan peralatan tradisional seperti lesung, alu dan nyiru.

500fa480 9380 4107 9f73 5501f8a30596 C404E1FA 2428 4B00 AED8 8F5CF9FADBD0

Proses pertama ialah menumbuk padi menggunakan lesung dan alu kayu untuk menanggalkan kulit padi sehingga menjadi beras. Kerja ini memerlukan kemahiran dan kerjasama kerana setiap hayunan alu perlu dilakukan secara bergilir-gilir dan mengikut rentak yang betul.

Proses ini mengajar nilai gotong-royong, kesabaran, ketelitian, kerjasama, kesyukuran dan menghargai hasil bumi.

3652C8A3 6B48 4CD4 87E8 48445E672BC6 114A909F 0EBD 41D9 819E 55BF06754797

Ia juga menunjukkan bagaimana masyarakat Dusun Kiau mengamalkan konsep penggunaan sumber secara lestari sejak dahulu lagi dengan menggunakan peralatan dari kayu dan buluh serta memanfaatkan tenaga manusia dan angin tanpa menghasilkan pencemaran.

Kopi Arabika: Dari warisan mubaligh ke agropelancongan

Di stesen seterusnya, penilai melihat proses penyediaan kopi secara tradisi dan berpeluang mencuba sendiri.

42512612 2278 4b13 91a9 d78908ad05e9 64AD8FD8 4BF7 4B75 A4F4 B9DB4F827F93 1

Kopi Arabika Kampung Kiau mempunyai sejarah panjang. Berdasarkan sejarah lisan, kopi ini diperkenalkan sekitar akhir 1950-an oleh mubaligh Katolik Belanda sebagai tanaman ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat.

11E03FB7 28AC 41D6 B84D 4E9535DD8982 73D93611 8962 439D BB46 EEE5D9C68064

Pada tahun 1980-an, lebih 60 peratus penduduk Kampung Kiau Nuluh mengusahakan kopi Arabika sehingga menjadi sumber pendapatan utama dan identiti komuniti.

Namun, kejatuhan harga pasaran menyebabkan perusahaan ini semakin merosot dan banyak ladang ditinggalkan.

4827F32A 9FCA 49DB 9CB6 9163C798371C 9F395F9B 4C36 4EFD 87AC 14339F39732B

Sejak tahun 2021, perusahaan kopi Arabika di Kampung Kiau kembali berkembang hasil kerjasama komuniti, agensi kerajaan, institusi penyelidikan dan sektor swasta.

Kini, Kopi Arabika Kampung Kiau bukan sahaja menjadi produk pertanian, malah berkembang sebagai produk agropelancongan.

Parang tradisi: Kemahiran diwarisi turun-temurun

Di stesen berikutnya, penilai menyaksikan pembuatan parang atau Modsupu’ secara tradisi.

20FE64B1 A13F 4724 AD03 DF6D409C105F 51F8B974 6C75 435C 9DDB 1D4E6DFA3777

Tradisi pembuatan parang atau Modsupu’ merupakan salah satu warisan budaya masyarakat Dusun di Kampung Kiau. Kemahiran menempa besi ini diwarisi secara turun-temurun sejak beberapa generasi dan menjadi lambang kebijaksanaan dan kepakaran nenek moyang dalam menghasilkan peralatan berkualiti untuk kegunaan harian.

9CA56FAB 6025 4E42 9E38 ADF9E7E92644 CE0E757D 75F4 4328 A17F 606FB09127A0

Pada masa kini, walaupun penggunaan peralatan moden semakin meluas, beberapa orang tukang besi di Kampung Kiau masih meneruskan amalan Modsupu’ sebagai usaha memelihara warisan budaya.

Demonstrasi ini turut menjadi produk pelancongan komuniti yang memberi peluang kepada pengunjung menyaksikan sendiri proses menempa besi secara tradisional.

Galeri: Bahasa, adat dan Rinongkitan

Perjalanan penilai diteruskan ke galeri yang mengetengahkan bahasa Dusun, adat dan istiadat, aktiviti masyarakat, Rinongkitan dan kraftangan.

297af392 ff71 41c1 be28 ac58ed99d3ca 31E37BDC 4EE4 41FF 9DCC BB891E9A96A7

Satu fakta menarik yang disampaikan ialah 99 peratus penduduk Kampung Kiau masih bertutur dalam bahasa Dusun Kiau.

Bahasa bukan sahaja digunakan untuk komunikasi harian, malah menjadi medium penyampaian adat, pantang larang, cerita rakyat, lagu tradisional dan pengetahuan tempatan.

4ffdd886 8f3b 4464 9830 45fd58d37de5 5AAD6CB1 5DF2 48F1 A097 DD166535C046 1

Penilai turut diperkenalkan kepada buku-buku dokumentasi sejarah Kampung Kiau, sistem kehidupan tradisional, adat resam dan protokol memasuki hutan yang menjadi panduan masyarakat sejak dahulu.

44b63580 5618 49bf 968c 1615ef85fd33 B755B6EA 79C8 49B4 B2E8 A0081145CD09 1

Menurut Ivy Grace Geofarry, seorang anak muda, pengamalan dan pembelajaran budaya perlu diteruskan supaya warisan itu kekal kepada generasi akan datang.

a54eaf6c cbf2 4a73 ac5c d47010a8347c 3AF06C9A 7477 4C2A B9DD 0FB505F5F464

“Kita masih mengamalkan dan mempelajari budaya supaya adat dan budaya ini kekal hingga ke generasi akan datang. Atagak nopo boros, atagak no i tinaru,” katanya.

Galeri turut mempamerkan sistem adat, pantang larang dan boros puru yang menjadi asas kehidupan masyarakat Dusun Kiau sejak turun-temurun.

800974ED 322E 486E B9EB DF93C18E50E0 6F7320B2 A42A 4B78 8F8B E4AC9394FDF1

Masyarakat Dusun Kiau terkenal dengan penghasilan kraftangan menggunakan buluh, rotan, kayu dan tumbuhan hutan.

Turut dipamerkan Baju Tradisi Rinongkitan Dusun Kiau, iaitu seni sulaman tradisional yang diwarisi secara turun-temurun dan menjadi salah satu identiti budaya utama komuniti di Kampung Kiau Nuluh dan Kampung Kiau Bersatu.

2E412B54 AF33 47DA BE87 5F8187FF2D8F 414312D8 2B28 4F38 A8D0 24A10A08C4B8

Pada tahun 2026, komuniti mencapai satu pencapaian penting melalui penyerahan set pakaian tradisi Rinongkitan Dusun Kiau kepada Muzium Koisaan KDCA sebagai simbol pemuliharaan warisan komuniti.

Makanan tradisi dan warisan lisan

Selepas menyusuri pelbagai stesen warisan, rombongan penilai dibawa menikmati makanan tradisi masyarakat Dusun Kiau yang dihasilkan dari hasil pertanian tempatan, sayur-sayuran tanah tinggi dan sumber semula jadi yang diperoleh secara lestari.

67197F02 3D75 47D7 9E6F FC6F01DE339E 478A49E8 B168 4ED5 8AA0 9CE11FF2E301

Suasana kemudian diteruskan dengan persembahan komuniti Dusun Kiau, menjadikan sesi makan tengah hari itu bukan sekadar jamuan, tetapi satu lagi ruang untuk memperlihatkan budaya yang terus diamalkan dalam kehidupan masyarakat.

542BAC6A 27A1 463A 86C3 84733892EE7D 881DF2C9 2C90 4558 B1A0 255B81AA00BD

Antara persembahan yang dipersembahkan ialah Lilihis, iaitu puisi tradisional berirama yang disampaikan dalam bentuk sajak atau nyanyian.

Tiga jenis Lilihis dipersembahkan pada hari itu ialah Taala-ala yang dinyanyikan secara berbalas-balas, penglipur lara atau pongusa taganak, dan kalang yang dinyanyikan semasa perayaan pesta menuai.

8c300bb9 793e 4113 a80e 0cb9851cfa43 05206243 CFB7 4681 82E1 4151CCC2B2E1 1

Persembahan diteruskan dengan Manangon Tangon, iaitu tradisi bercerita secara lisan yang menjadi medium penting untuk menyampaikan sejarah, asal usul kampung, kisah kepahlawanan dan pengajaran kepada generasi muda.

7732C6DB 42D0 4FC7 9DB7 33D56BA3ADF6 5ECE9145 4C28 4A3D 98C3 12A3616FA436

Cerita yang dipersembahkan pada hari itu ialah legenda Huminodun, kisah seorang gadis yang mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan kaumnya dari kebuluran.

6E942563 921F 4E83 8264 05C98966EE74 F327A73D 1A2E 4E45 B13B C37D30126FE3

Turut dipersembahkan ialah muzik Tongkungon, alat muzik tradisional yang diperbuat dari buluh dan dimainkan secara solo, serta persembahan muzik bambu yang menggabungkan elemen tradisional dan moden dengan memainkan lagu “Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu” dan “Kg Kiau Kalangadan”.

Tamu komuniti: Ekonomi dan budaya dalam satu ruang

Rombongan berpeluang melihat Tamu Komuniti di padang kampung.

Di kawasan Kadamaian dan Kampung Kiau, penduduk sejak dahulu membawa hasil tanaman, buah-buahan, sayur-sayuran, ternakan kecil, hasil hutan, makanan tradisional dan kraftangan untuk dijual atau ditukar.

186D0C64 C3C4 4238 A8A3 B00AFEFFA43F 28AB3338 E26E 4876 893A 3C83C26B0E2F

Kini, Tamu Komuniti menjadi platform yang menggabungkan aktiviti ekonomi, pemeliharaan budaya dan pengalaman pelancongan.

Pengunjung bukan sahaja berpeluang membeli produk tempatan seperti kopi Arabika, madu kelulut dan kraftangan, malah dapat berinteraksi secara langsung dengan penduduk kampung.

Budaya perlu hidup dalam kehidupan harian

Dari gong dan tarian kepada adat rumah, hasil pertanian, kopi, kemahiran membuat parang, bahasa, makanan tradisi, warisan lisan, muzik buluh dan tamu komuniti, perjalanan penilai memperlihatkan budaya Kiau dalam pelbagai bentuk.

Namun menurut pengamal budaya, Wilson Tadius, kelangsungan warisan tidak seharusnya bergantung kepada program atau acara tertentu sahaja.

55972ed0 5c2d 4994 82a7 3ff18cc2e0b6 9B515A48 A17D 44BF 8347 03AB92704DC1

“Jangan tunggu program seperti ini sahaja untuk berkongsi amalan budaya kepada orang luar. Sebaliknya, budaya perlu dikongsikan melalui pertuturan dan aktiviti harian,” katanya.

Beliau berkata penggunaan bahasa Dusun Kiau perlu diterapkan di rumah, manakala ibu bapa memainkan peranan penting untuk memastikan bahasa, adat dan warisan terus diamalkan oleh generasi akan datang.

d1677184 ce21 4949 a019 1b79090d0821

Mesej itu melengkapkan keseluruhan perjalanan penilai di Kampung Kiau Nuluh.

Apa yang dilihat bukan sekadar persembahan yang disusun untuk satu sesi penilaian, tetapi warisan yang masih dimainkan, dipelajari, dihasilkan, dinikmati dan dikongsi bersama dalam kehidupan komuniti.

91159168 c57f 495a bddf 3b355550b265

Pada pandangan masyarakat Kiau, itulah gambaran yang mahu disampaikan kepada pihak penilai bahawa warisan budaya Dusun Kiau bukan sekadar untuk dipamerkan, tetapi masih hidup dalam masyarakat dan terus diwariskan kepada generasi seterusnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal